Jumaat, 25 Februari 2011

ASPURA 2011

Asrama Aspura Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat mempunyai satu blok bangunan yang mempunyai bilik-bilik khas antaranya Surau Aspura, Dewan Am, dua Bilik Diskusi, Pejabat Asrama, Bilik Sakit, Stor Asrama, Stor Katil dan Tilam serta Stor Sukan. Aspura mempunyai lima kamar(dorm) yang boleh memuatkan 15~20 orang penghuni  dalam satu satu masa antaranya kamar Abu Bakar, Uthman, Omar, Usamah dan Zaid.  Tahun 2011 ini aspura digerakkan olah Jemaah Pemimpin Penghuni Asrama (JPPA) yang terdiri daripada biro kerohanian, biro keceriaan, biro disiplin, biro keselamatan, biro kesihatan, biro akedemik, biro dewan makan, biro level, biro sukan, biro pertanian, biro menengah rendah dan biro kebajikan.Berikut adalah organisasi teratas bagi Asrama Aspura:

Warden Aspura
En Mohd Hazizi bin Saribin

K.A Aspura
Sdr Mohd Yassin Bin Mohd jalal

P.K.A Aspura
Sdr Mohd Shaher Bin Busah

Setiausaha 
Sdr Muhammad Azri Bin Saadun Zubir

Bendahari
Sdr Mohd Ikmal Bin Zambri

Pada setiap minggu, Biro Kebajikan aspura akan mengadakan kutipan bagi menampung kebajikan penghuni aspura. Selain itu, Bendahari akan mengutip RM 1.00 setiap bulan dari penghuni aspura untuk digunakan pada kes-kes khas. Biro Kerohanian menyediakan aktiviti pada setiap hari saperti solat Hajat, bacaan Al-Quran, menghafal potongan ayat Al-Quran, ceramah yang dibawa oleh ustaz atau penghuni asrama aspura mahupun aspuri, tasmik, bacaan yassin sambutan hari-hari khas dalam Islam dan aktiviti terbaru Biro Kerohanian adalah KulLiMin. Biro Pertanian akan menerima peralatan pertanian dalam bulan tiga ini bagi menguruskan projek tanaman cili, jagung, betik, rossel,dll. Biro Keceriaan telah meng'upgred'kan aspura dengan menceriakan dewan am, kaki lima, bilik-bilik khas dan mengcat dorm. Biro Keselamatan akan melakar pelan kebakaran dan amaran keselamatan di seluruh blok aspura bagi memberi laluan kepada aktiviti seperti latihan kebakaran serta menjamin keselamatan aspura. Biro Sukan menyediakan permainan sukan seperti catur, bola sepak, bola tampar, permainan tradisional, badminton, sukaneka dan aktiviti riadah yang sesuai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan